Cahaya Ramadhan Berlalu Pergi,
Menyambut Tibanya Aidilfitri,
Ampun Maaf Segala Peri,
Semoga Ikatan Kekal Dihati.
Ampun dan Maaf Bersih Pekerti,
Ikhlasnya Dari Jiwa dan Raga,
Jemput Bertandang Ke Majlis Nanti,
Bawalah Semua Seisi Keluarga.
Salam Aidilfitri…
Adalah dimaklumkan semua warga JPJ Selangor dijemput hadir bersama ahli keluarga ke “Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Warga JPJ Selangor Bersama Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor” yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 10 Ogos 2014 (Ahad) bersamaan 14 Syawal 1435H
Masa : 7.45 pm
Tempat : Perkarangan JPJ Selangor
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin.
0 komen:
Post a Comment