7 Aug 2014

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 Warga JPJ Selangor Bersama DYMM Sultan Selangor


Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JPJ Negeri Selangor yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :-

Tarikh            : 10 Ogos 2014 (Ahad) bersamaan 14 Syawal 1435H
Masa              : 7.45 pm
Tempat          : Perkarangan JPJ Selangor


Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir bersama ahli keluarga ke majlis ini. Semoga kehadiran tuan/puan akan memeriahkan lagi majlis pada hari yang bersejarah ini.

Terima kasih.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin.


6 Aug 2014

Pelancaran Imej Dan Wajah Baru Kenderaan Rasmi JPJ

Pelancaran imej & wajah baru kenderaan rasmi JPJ oleh YB Dato' Sri Dr Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan Malaysia bertempat ruang legar Blok D5 Kompleks D, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), WP Putrajaya.


 





Lagi gambar... (klik sini)

4 Aug 2014

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 Warga JPJ Selangor Bersama DYMM Sultan Selangor


Cahaya Ramadhan Berlalu Pergi,
Menyambut Tibanya Aidilfitri,
Ampun Maaf Segala Peri,
Semoga Ikatan Kekal Dihati.

Ampun dan Maaf Bersih Pekerti,
Ikhlasnya Dari Jiwa dan Raga,
Jemput Bertandang Ke Majlis Nanti,
Bawalah Semua Seisi Keluarga.


Salam Aidilfitri…

Adalah dimaklumkan semua warga JPJ Selangor dijemput hadir bersama ahli keluarga ke “Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Warga JPJ Selangor Bersama Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor” yang akan diadakan seperti ketetapan berikut : 

Tarikh             : 10 Ogos 2014 (Ahad) bersamaan 14 Syawal 1435H
Masa              : 7.45 pm
Tempat           : Perkarangan JPJ Selangor

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 Warga JPJ Selangor Bersama DYMM Sultan Selangor


21 Jul 2014

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 Warga JPJ Selangor Bersama DYMM Sultan Selangor


Tarikh : 10 Ogos 2014 (Ahad)
Masa : 7.45 malam
Tempat : Perkarangan JPJ Selangor

.: Turut diundang seisi keluarga :.

18 Jul 2014

Takziah MH17, Takziah Gaza

Walaupun kita dikejutkan dengan tragedi MH17 ditembak jatuh di Ukraine, jangan dilupakan akan penderitaan di Palestin yang ditindas oleh Israel. Mohon kita sama-sama menghulurkan bantuan untuk saudara dan sahabat kita di sana.


17 Jul 2014

Salam Takziah Untuk Warga MH17

Salam Takziah dari Warga JPJ Selangor untuk keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Malaysian Airlines - MH17 (9M-MRD). Penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 oleh pihak yang belum dikenalpasti di sempadan Ukraine dan Rusia.

Al-Fatihah...

Selamat Datang ke JPJ Selangor



Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor
Jalan Padang Jawa, Seksyen 16,
40620 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon : 03-5566 9555
Faks : 03-5543 2202